Saturday, December 17, 2016

Ecotourism & percutian bajet di Pulau Pinang

Mencari aktiviti seronok dan jimat untuk dibuat bersama keluarga semasa bercuti di Pulau Pinang?

Anda boleh:
●berbasikal mengelilingi pulau
●mencuba @streefood
●berkelah di pantai 
●menaiki bot dan melawat pulau
●melawat taman rimba, taman bunga dan bukit bendera
●berkunjung ke tempat bersejarah yang pelbagai
Dan
●ecotourism @balikpulau

Lebih info dan tip perlancongan. 
Sila layari



Tuesday, May 24, 2016

Resepi Lempuk Durian

Hantu lempuk atau hantu dodol durian memang ramai.

Nak cuba masak sendiri boleh ikut panduan seperti di bawah.

Bahan
Isi durian
Gula

Penyediaan
1. Masukkan ulasan durian ke dalam kuali.

2. Kacau atas api sederhana selama 45 minit sehingga dapat asingkan biji daripada isi durian.

3. Tambahkan gula sama banyak dengan nisbah lempuk tersebut.

4. Kacau sehingga keras.

5. Sejuk kan pada suhu bilik sebelum disimpan.

Selamat mencuba!

Resepi Tempoyak Durian

Tempoyak atau asam durian mempunyai peminat nya yang tersendiri.
Nak buat mudah saja.

Bahan
Isi durian
Garam halus

Penyediaan
1. Asingkan isi durian menggunakan pisau dan sudu.

2. Campurkan garam halus dengan durian.

3. Simpan dalam bekas plastik secara pek mini. Biarkan sedikit ruang kosong untuk udara.

4. Letak pada suhu bilik selama 2 hari. 

5. Kemudian boleh disimpan di dalam peti sejuk.

Jumpa lagi!

Saturday, March 19, 2016

Jeruk balik pulau

Balik Pulau merupakan salah satu tempat pengeluaran jeruk di Pulau Pinang.
Perusahaan jeruk orang melayu turut di buat secara kecil-kecilan.

Suka makan jeruk?
Resepi jeruk memang mudah;

Bahan
Larutan garam
Larutan gula
Buah potong

Penyediaan:
1. Rendam buah potong ke dalam larutan garam selama sehari.

2. Basuh dan toskan air.

3. Rendam dalam larutan gula selama 3 hari.

4. Sedia dihidang.

Nota; Kalau sedap cerita dekat kawan!

Pakat mai!
Dusun Balik Pulau

Tuesday, March 1, 2016

Mai balik pulau!

Merancang bercuti ke Pulau Pinang?
Lajak lah ke Balik Pulau sekali.

Boleh buat apa kalau turun Balik Pulau?

1. Makan laksa

2. Makan derian

3. Makan cucur udang

4. Makan jeruk

5. Makan coklat

Aik makan ja ka?
Ada lagi aaih.
Untuk yang suka alamsemulajadi, boleh buat yang ni:

6. Eco tour

7. Naik bot di Pasar Nelayan Pulau Betong

8. Berbasikal

9. Lawat ladang

10. Atur aktiviti sendiri


Pakat mai!
DUSUN BALIK PULAU

Like. Share.
Facebook : Dusun Balik Pulau

Durian Balik Pulau..

Selamat Datang!


  • Eco Tour
  • Homestay
  • Durian & buah tempatan

Like. Smile. Share.
Facebook: Dusun Balik Pulau